SEKOLAH MULIA.......MURID SEJAHTERA - SEMUA ARTIKEL DAN GAMBAR ADALAH HAK MILIK SK PASIR AKAR DILARANG MENCOPY

"SEKOLAH MULIA.......MURID SEJAHTERA"

Ahad, 3 April 2011

Program Motivasi Ibubapa Murid Tahun 6






Tarikh : 31 Mac 2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sivik Pasir Akar
Penceramah : Tn haji Mohamad B. Ngah
Anjuran : Unit UPSR SKPA.


Pada 31 Mac 2011 satu program Motivasi Keibubapaan telah diadakan di Dewan Sivik Pasir Akar untuk memberi kesedaran tantang tanggungjawab ibubapa dan pentingnya ilmu kepada semua orang. Pada ini semua ibubapa murid tahun 6 sahaja yang wajibkan hadir bersama anak-anak mereka.

Peceramah jemputan untuk program ini adalah Tn haji Mohamang B. Ngah yang merupakan bekas Pegawai Pelajaran Negeri Terengganu yang juga adalah seorang guru. Dalam ceramahnya beliau banyak menyentuh tentang pentignya ilmu pelajaran dalam kehidupan pada abad ini. Beliau juga banyak menyentuh tantang cara belajar yang betul semasa berada di kelas dan cara menjadi pelajar yang cemerlang. Cara belajar yang betul dan mempunyai sikap rajin belajar boleh membantu pelajar mencapai 5A dalam UPSR pada bulan September nanti.

Semoga apa yang dirancang oleh pihak sekolah dapat membantu para pelajar mencapai 5A dalam UPSR tahun ini. Program-program sebegini amat baik dalam membantu pelajar untuk terus berjaya…Insyaalah. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam mejayakan program kali ini. Segala niat yang baik akan mendapat pulangan yang setimpal sesungguhnya setiap kejayaan tidak akan datiang tanpa ada ikhtiar dan usaha. Insyaalah SKPA terus mantap dalam segenap segi samada kurikulum dan kokurikulum.
5A dalam genggaman….

Read more...

Sabtu, 5 Mac 2011

Johan Keseluruhan MSSDB 2011



Nama Aktiviti : Kejohanan Olahraga MSSDB 2011.
Tarikh : 2-4 Mac 2011
Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg.
Tempat : SMK Nasiruddin Shah.

Pada kejohanan ini SKPA menghantar seramai 12 orang peserta menyertai acara 100m, 200m, lompat jauh, 110m berpagar dan lari berganti-ganti. Setelah tamat pertandingan ini SKPA telah menjuarai MSSDB pada kali ini dengan memungut 3 emas. Kemenangan ini merupakan satu sejarah yang cemerlnag kerana inilah kali pertama mecipta setelah 42 tahun mencuba. semoga SKPA terus mantap utk tahun-tahun berikutnya..Tahniah.

Read more...

Rabu, 22 Disember 2010

Pertukaran Guru 2010

Guru-guru baru yang akan bertugas di Sk Pasir Akar....Selamat datang.

Guru SK Pasir Akar yang bertukar ke sekolah baru...Selamat maju Jaya...jasamu dikenang. Cikgu Noorhayati, Cikgu Rohana, Cikgu Norhanan dan cikgu Norita.

Pertukaran guru adalah lumrah dalam sistem pendidikan...demi untuk kebaikan dan kehendak jabatan pendidikan. Semoga kenangan di SKPA akan tetap disimpan menjadi kenangan yang indah. Selamat bertugas untuk anak bangsa.

Read more...

Isnin, 22 November 2010

Hari Kecemerlangan SKPA 2010.






Tajuk : Hari Kecemerlangan SKPA
Tarikh : 11.11.2010
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Seri Wawasan.
Masa : 9.00 pg - 12.30 tgh.


Majlis hari Kecemerlangan SKPA telah diadakan untuk menghargai sumbangan dan pencapaian murid sepanjang tahun 2010. Banyak katagori yang telah dalam majlis ini...antaranya adalah...

a. Anugerah Tokoh Murid
b. Anugerah Olahrawan/olahragawati
c. Hadiah Kedudukan Dalam Kelas.
d. Hadiah utk Matapelajaran terbaik.

Semua ibubapa penerima hadiah dijemput hadir untuk tanda sokongan di atas kejayaan anak-anak mereka. Semua hadiah disampaikan oleh Guru Besar dan YDP PIBG. Semoga kejayaan yang dicapai dapat menyuntik semangat untuk terus maju dalam kurikulum dan kokurikulum di tahun 2011..tahniah.

Read more...

Khamis, 11 November 2010

Pencapaian UPSR 2010..




Tajuk : Penyampaian Hadiah dan sijil 5A UPSR 2010
Tarikh: 11 Nov 2010
Hari : Khamis
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh.
Tempat: Astaka Seri Wawasan SKPA.
Anjuran : AJK UPSR

Pada tahu ini seramai 116 calon SKPA telah menduduki UPSR dan hanya seramai 16 orang murid telah mencapai 5A. Satu majlis untuk menyampaikan hadiah dan sijil telah diadakan di astaka Seri Wawasan oleh pihak AJK UPSR. Pada majlis itu YDP PIBG SKPA Tn Hj Hussin Awang Ngah. Di Majlis ini YDP dan pihak sekolah menyumbangkan RM100 untuk setiap murid yang berjaya mendapat 5A. Semoga kejayaan ini dapat menyuntik semangat untuk terus belajar di masa-masa akan datang dan menaikkan nama sekolah. Walaupun keputusan agak menurun dimana pada tahun 2009 seramai 19 orang murid mencapai 5A tetapi keputusan ini masih lagi relevan untuk SKPA berada di kelompok sekolah yang mempunyai prestasi yang cemerlang. SKPA mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru dan murid kerana dapat meningkatkan nama sekolah di Besut. Kepada yang tidak berjaya mencapai 5A teruskan lagi usaha murni anda di sekolah menengah dan didoakan akan mencapai kejayaan yang diidam-idamkan..Tahniah.

Read more...

Khamis, 4 November 2010

Karnival Pasca UPSR di SKPNZ...





Tajuk : Karnival Pasca UPSR Besut 2010
Tempat: SK Puteri Nur Zahirah.
Tarikh: 4 Nov 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.00 - 12.30 tgh
Penganjur : PPD Besut.

Pada hari ini telah diadakan aktiviti Pasca UPSR di SK Puteri Nurzahirah peringkat Daerah Besut. Semua sekolah rendah di Daerah Besut terlibat dalam semua acara yang telah diautrkan oleh Pengurusan PPD Besut. Antara aktiviti yang diadakan seperti :-
1. Acara Padang
a. Sepaktakraw Bulatan.
b. Futsal Padang.
c. Bola jaring.
2. Acara Dewan
a. Syair
b. Sajak.
c. E-Book - manaip paling cepat.
d. Tulisan Khat.
e. Mereka Roket dari bahan buangan.
3. Acara Persatuan.
a. Pengakap - membina mini gejet.
b. St John - rawatan kecemasan.
c. Puteri Islam - Membuat gubahan perkahwinan.
d. Pandu Puteri - Memasak.
e. Kadet Remaja sekolah(KRS) - Wau cantik.

SKPA telah menyertai pertandingan Sepaktakraw Bulatan. Dalam acara ini sebanyak 5 buah sekolah terlibat dan mewakili zon masing-masing.
1. Zon Hulu Besut - SK Pasir akar.
2. Zon Jerteh - SK Pelagat.
3. Zon Kota Putera - SK Tembila.
4. Zon Kuala Besut - SK Kg Nangka.
5. Zon Jabi - SK Tempinis.

SKPA yang menyertai pertandingan ini telah muncul sebagai juara dengan 67 tujuh timbangan bola. SK tembila mengumpul 27 timbangan keluar sebaga N. Johan. Tahniah diucapkan kerana telah mengharumkan nama sekolah. Semoga kemenangan ini dapat menyuntik semangat baru kepada skuad pelapis Sepaktakraw SKPA. tahniah.

Read more...

Selasa, 2 November 2010

Banjir Di SKPA....






Tajuk : SKPA dilanda Banjir
Tarikh : 1 Nov 2010
Hari : Isnin

Hari ini SKPA dilanda banjir kali 1 tahun 2010...dan mungkin akan dilanda lagi sebelum habisnya musim tengkujuh. Hujan lebat sejak hari Ahad telah menyebabkan berlaku banjir ditambah pula limpahan air dari sungai yang berhampiran. Kali ini banjir telah menyebabkan pepriksaan akhir tahun di tunda ke hari lain. Kepada semua warga SKPA diharapkan selalu bersedia untuk menghadapi banjir kerana musim banjir belum berakhir tetapi beru bermula.

Read more...

Kata Aluan

Selamat Datang ke Blog SK Pasir Akar semoga para pembaca dapat mengetahui atau mendapat info terkini tentang SK. Pasir Akar yang terkini. Blog ini dalam proses pembinaan dan diharapkan para pembaca dapat memberi cadangan atau komen agar blog ini akan menjadi lebih menarik lagi. SELAMAT MELAWAT dan Terima Kasih. Salam Sejahtera dari meja editor SKPA....cikgu Azeman Haji Hussin.

Falsafah Pendidikan

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

SELAMAT MEMBACA DAN TERIMA KASIH

Kata Hikmat

Kata Iman Ghazali...

"Hak Guru lebih agung dari hak ibubapa, sebab ibubapa penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara guru penyebab hidup yang kekal, kalaulah tidak ada guru nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh ibubapa akan celaka selamanya."

Senarai Catatan

;

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP